Selamat Datang Ke Blog Parti Islam Semalaysia Cawangan Sematang Gunung

Isnin, 17 Ogos 2009

KENALI MB SELANGOR

Beliau adalah antara individu-individu yang masih berjawatan tinggi dan berani menziarahi Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika DSAI ditahan di penjara Sungai Buluh dahulu. Bukti persahabatan yang tidak mengenal senang dan susah. Sahabat saya ketika pergi ke rumah beliau pada malam pilihanraya 08 Mac 2008, berasa syukur kerana mendapati MB baru ini seorang yang peramah dan merendah diri. Bukan sahaja beliau, malah isteri beliau sampai masa pertama kali berjumpa sangkakan Puan Sri tuh ketua pembantu rumah. Rupa-rupanya memang ketua pun, bukan pembantu rumah tapi sebagai suri rumah. haha...

Biodata beliau seperti di bawah dari link ini:

MB SELANGOR – Tan Sri Khalid Ibrahim

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau pernah bertanding dalam pilihan raya kecil N.08 Ijok, Selangor pada 28 April 2007. Tetapi cubaan pertama beliau, tewas kepada calon muda MIC Barisan Nasional iaitu Cikgu K. Parthiban.

Tan Sri Khalid adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad (1979-1994) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003).

Biodata

Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, P.S.M., D.P.M.S., D.S.A.P lahir pada 1946 di Kampung Jalan Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor. Khalid Ibrahim belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Seterusnya belajar di Sekolah Inggeris Kampung Kuantan. Khalid Ibrahim mendapat ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.

Kerjaya

Kini bertugas sebagai Pengerusi Dana Amanah Mellenia Berhad, Fellow Institut Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Majlis Produktiviti Kebangsaan dan Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).Selain itu Malaysia Discount Berhad, Lembaga Pengarah SIRIM Berhad.

Khalid Ibrahim pernah bekerja sebagai guru, pensyarah, pegawai kredit , pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB). Beliau pernah menghadiri kursus USA International Visitors Program pada 1983 dan Eisenhower Exchange Fellowship Program pada 1989.

Beliau juga ahli majlis eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum di Islamic Development Bank, Jeddah. Beliau juga ahli APEC Business Advisory Council (ABAC).

Anugerah

Pada 15 Disember 1998, beliau dianugerah sebagai CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times anjuran Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate Services. Khalid Ibrahim juga menerima Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001.

Pada 10 Julai 2003 menerima anugerah “AAAB Captain of Industry Award 2002” (First Asian Academy of Applied Business”) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Seterusnya menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford .

Politik

Atas jasa beliau, Guthrie Berhad telah membina Lebuh raya Guthrie dari Kuala Selangor ke Sungai Buluh bersambung dengan Lebuh raya Utara Selatan. Pusat latihan penyelenggaraan jentera industri dengan kerjasama UMW Berhad telah dibina di Kuala Selangor. Program Rakan Jaya Diri diadakan di Kuala Selangor bagi melatih pelajar yang tercicir dari persekolahan dan seterusnya bekerja dengan Guthrie Berhad.

Beliau terus menjawat jawatan Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Perhubungan PKR Selangor. Dalam pilihan raya kecil Ijok, ucapan tersasulnya ‘Undilah Barisan Nasional’ telah diulang-ulang dalam media elektronik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Advertisement