Selamat Datang Ke Blog Parti Islam Semalaysia Cawangan Sematang Gunung

Isnin, 17 Ogos 2009

KENALI MB SELANGOR

Beliau adalah antara individu-individu yang masih berjawatan tinggi dan berani menziarahi Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika DSAI ditahan di penjara Sungai Buluh dahulu. Bukti persahabatan yang tidak mengenal senang dan susah. Sahabat saya ketika pergi ke rumah beliau pada malam pilihanraya 08 Mac 2008, berasa syukur kerana mendapati MB baru ini seorang yang peramah dan merendah diri. Bukan sahaja beliau, malah isteri beliau sampai masa pertama kali berjumpa sangkakan Puan Sri tuh ketua pembantu rumah. Rupa-rupanya memang ketua pun, bukan pembantu rumah tapi sebagai suri rumah. haha...

Biodata beliau seperti di bawah dari link ini:

MB SELANGOR – Tan Sri Khalid Ibrahim

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau pernah bertanding dalam pilihan raya kecil N.08 Ijok, Selangor pada 28 April 2007. Tetapi cubaan pertama beliau, tewas kepada calon muda MIC Barisan Nasional iaitu Cikgu K. Parthiban.

Tan Sri Khalid adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad (1979-1994) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003).

Biodata

Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, P.S.M., D.P.M.S., D.S.A.P lahir pada 1946 di Kampung Jalan Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor. Khalid Ibrahim belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Seterusnya belajar di Sekolah Inggeris Kampung Kuantan. Khalid Ibrahim mendapat ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.

Kerjaya

Kini bertugas sebagai Pengerusi Dana Amanah Mellenia Berhad, Fellow Institut Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Majlis Produktiviti Kebangsaan dan Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).Selain itu Malaysia Discount Berhad, Lembaga Pengarah SIRIM Berhad.

Khalid Ibrahim pernah bekerja sebagai guru, pensyarah, pegawai kredit , pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB). Beliau pernah menghadiri kursus USA International Visitors Program pada 1983 dan Eisenhower Exchange Fellowship Program pada 1989.

Beliau juga ahli majlis eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum di Islamic Development Bank, Jeddah. Beliau juga ahli APEC Business Advisory Council (ABAC).

Anugerah

Pada 15 Disember 1998, beliau dianugerah sebagai CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times anjuran Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate Services. Khalid Ibrahim juga menerima Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001.

Pada 10 Julai 2003 menerima anugerah “AAAB Captain of Industry Award 2002” (First Asian Academy of Applied Business”) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Seterusnya menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford .

Politik

Atas jasa beliau, Guthrie Berhad telah membina Lebuh raya Guthrie dari Kuala Selangor ke Sungai Buluh bersambung dengan Lebuh raya Utara Selatan. Pusat latihan penyelenggaraan jentera industri dengan kerjasama UMW Berhad telah dibina di Kuala Selangor. Program Rakan Jaya Diri diadakan di Kuala Selangor bagi melatih pelajar yang tercicir dari persekolahan dan seterusnya bekerja dengan Guthrie Berhad.

Beliau terus menjawat jawatan Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Perhubungan PKR Selangor. Dalam pilihan raya kecil Ijok, ucapan tersasulnya ‘Undilah Barisan Nasional’ telah diulang-ulang dalam media elektronik.

KENALI MB PULAU PINANG

Sejarah penuh dengan kisah manusia yang naik turun naik. Lim Guan Eng salah seorang darinya. Membaca biodata MB Pulau Pinang, saya memang respect dengan orang yang sanggup dipenjarakan atas dasar prinsip. Lagi memeranjatkan, beliau rupanya belajar di universiti yang sama dengan saya - Monash University. Bezanya saya ambil course Engineering dan beliau accountancy. Saya setiausaha MUIS (Monash University Islamic Society) dan beliau Presiden MUISS (Monash University International Student Society). Ada link rupanya....:)

Cerita seorang datin, "isy, tak sangka ya Lim nih pergi sambutan Maulidur Rasul...". Saya check internet, rupanya betul. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/3/21/nation/20713137&sec=nation CM sebelum nih tak pernah pergi rupanya.

Biodata beliau seperti di bawah diambil dari link ini:

http://www.pas.org.my/kenali_MB/kenali_MB.pdf

MB Pulau Pinang – Lim Guan Eng

Nama: Lim Guan Eng

Tarikh Lahir: 08/12/1960

Status: Berkahwin dengan Betty Chew Gek Cheng

Pendidikan:

 Sekolah Rendah – Sekolah Inggeris PJ La Salle & Batu Pahat Montfort

 Sekolah Menengah – Sekolah Tinggi Batu Pahat & Sekolah Tinggi Melaka

 Universiti – Monash University, Australia (Sarjana Muda Ekonomi)

Kerjaya:

 Merupakan akauntan professional semenjak 1983.

 Bank Senior Executive.

Politik:

 Ahli Parlimen Kota Melaka – 1986 hingga 1999 (3 penggal)

 Tahanan Politik (ISA) pada 27.10.1987 hingga 19.04.1989 (18 bulan)

 Dilantik sebagai Ketua Pemuda Socialis DAP pada 1992.

 Dilantik Sebagai Timbalan Setiausaha DAP pada 1995.

 Ditahan semula selama 18 bulan pada 25/08/1998 (Skandal Ketua Menteri Melaka,

Rahim Tamby Chik)

 Dilantik sebagai Setiausaha DAP pada 2004.

Penglibatan Antarabangsa:

 Bekas Presiden MUISS (Monash University International Student Society).

KENALI MB KEDAH

Saya bersekolah di Kedah selama 5 tahun, 1990-1994. Selama 5 tahun duduk di Kedah (walaupun kat asrama), saya berasa tenang dan gembira. Mungkin kerana barang murah atau rakyat kedah peramah...pengalaman di kedah tetap menjadi ingatan. Teringat saya salah sorang rakan blogger saya cerita tentang ayah dia orang UMNO. Apabila MB Kedah baru diumumkan, dengan selamba ayah dia cakap, "nampak gaya ustaz nih lagi alim dari Pak Lah. Baguih la.". 8 Mac 2008, hari bersejarah buat rakyat Kedah khususnya.

Di bawah adalah biodata beliau, diambil dari link di bawah.

http://www.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=352

USTAZ HAJI AZIZAN BIN ABD. RAZAK

Umur : 64 Tahun

Pendidikan:
 Maktab Mahmud, Alor Setar (1966)
 Sarjana Muda Syariah Universiti Al-Azhar 1972
 M.Phil In Law.Dept of Law Univercity of Kent Canterbury England 1978

Pengalaman Kerjaya:
 Pensyarah Ketua Jabatan Syariah UKM
 Pengarah Urusan Harakah

Pekerjaan Sekarang:
 Pesara Pensyarah / Pesara ADUN

Jawatan Dalam PAS:
 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
 Pesuruhjaya PAS Kedah
 Yang Dipertua PAS Yan

Penglibatan NGO:
 AJK Persatuan Bekas Pelajar Melayu Timur Tengah
 AJK Persatuan Falak Syarie Malaysia
 Ahli Persatuan Syariah Asia Tenggara (South East Asia Association)

Pengalaman Antarabangsa:
 Muktamar Al-Haj Anjuran All Indian Iranian Association New Delhi, India
 Pembentangan Kertas Kerha di 1st Asean Syariah Administration Conference Workshop, Manila (1983)
 Persidangan Gerakan Islam Sedunia, Turki (1995)
 Persidangan Islam Sedunia, Lunmam (2001)
 Conference of South East Asia Islamic Law, Manila

Hasil Penulisan Antarabangsa :
 Dirasah Hawla At Tashriq Al Islami, terbitan Kementerian Hal Ehwal Agama Islam Filipina
 Introduction to Islamic New Jurisprudence, terbitan Office of Muslim Affair and Cultural Communities, Quezon City, FIlipina 1986
 Syariah, Adat and Command Low Amongst the Maranoas of Southern Philippines : And Exploratory and Comparative Study, Terbitan Southeast Asian Studies Program.

KENALI MB PERAK

Pilihanraya umum ke 12 menyaksikan rakyat Malaysia sudah mula bijak dan berfikiran kritikal dalam memilih pemimpin dan kerajaan. Syabas diucapkan. Saya tidak mahu menambah analisa-analisa politik yang sangat banyak dan mudah didapati di alam maya ini. Secara ringkas, beberapa sebab penting atas berlakunya keputusan ini adalah seperti berikut:

  1. Kredibiliti Barisan Nasional terutama parti tunggaknya UMNO yang sering memainkan unsur perkauman dalam percaturan politik mereka. Tidak lupa sikap takbur di kalangan mereka.
  2. Isu inflasi, harga minyak, isu keselamatan, isu pendidikan, isu kehakiman, isu korupsi dan penyalahgunaan kuasa.
  3. Internet sebagai media alternatif dan kempen pro parti pemerintah yang melampau dalam media perdana - bercetak mahupun radio dan televisyen
  4. Harapan kepada Barisan Rakyat/Barisan Alternatif khususnya Dato' Seri Anwar Ibrahim
  5. Perpecahan di dalam parti UMNO sendiri - tidak kurang di kalangan mereka yang tidak mengundi atau undi protes kerana kerakusan pemimpin-pemimpin tertentu. Peranan Tun Dr Mahathir yang secara langsung tidak menyebut sokonglah BN mungkin menjadi faktor.

Walaupun ini dianggap kejayaan kepada Negeri-negeri Koridor Demokrasi/Koridor Rakyat dan suara rakyat yang lebih demokratik di parlimen, kini tanggungjawab berat menanti Barisan Rakyat dan Barisan Nasional untuk mengisi kemenangan pilihanraya ini berlandaskan keadilan yang saksama.

Dalam pada itu, saya tertarik untuk berkongsi tentang peribadi MB Perak yang kesepuluh ini (walaupun sebenarnya yang kesembilan sebab Menteri Besar Perak yang kedua dan keenam adalah orang yang sama - YAB Mohd Ghazali B Jawi. http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Chief_Ministers_of_Perak)

Biodata MB Perak yang kesepuluh ini diambil dari blog Ustaz Abdul Halim Abdullah (http://inijalanku.wordpress.com/berita/kenali-mb-perak/).

KAlau begini biodata Menteri Besar, terasa berat sangat bagi sesiapa yang akan menggantikan beliau nanti.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Mengenali Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.

Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.

Image Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut’ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut’ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di bawahnya. “Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyekesaikan masalah temasuk masalah kewangan,” jelas Khalilul. “Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain,” ujar beliau.

Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).

Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau.malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban.

Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina, Tamil dan Arab.

Advertisement