Selamat Datang Ke Blog Parti Islam Semalaysia Cawangan Sematang Gunung

Ahad, 20 Februari 2011

Isnin, 14 Jun 2010

Ucapan Takziah

saya ISMAIL BIN AZIZ selaku setiusaha PAS Cawangan Sematang Gunung, DUN Anak Bukit mewakili semua ahli dalam cawangan mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum Ustaz Hassan Shukri di atas kembalinya beliau ke rahmatullah semalam, 14 Jun. Pemergian beliau pastinya kehilangan besar buat semua pejuang PAS. Semoga rohnya ditempatkan bersama hamba-hambanya yang soleh... Al-Fatihah

KENYATAAN MEDIA PAS HARAMKAN SEMUA BENTUK PERJUDIAN, MAHATHIR DAN UMNO JANGAN PREJUDIS PADA CINA

KENYATAAN MEDIA
PAS HARAMKAN SEMUA BENTUK PERJUDIAN, MAHATHIR
DAN UMNO JANGAN PREJUDIS PADA CINA


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan komentar Tun Mahathir Mohamad berhubung dengan isu judi yang dihalalkan oleh Kerajaan Umno-BN. Tuduhan beliau bahawa PAS hanya mengharamkan judi bola sahaja adalah suatu fitnah yang jelas dan isu judi bukanlah isu politik seperti apa yang beliau fikirkan. PAS menolak dan mengharamkan semua aktiviti judi dinegara ini dan bukan melibatkan perjudian bola sahaja.

PAS jauh berbeza dengan Umno. Umno telah perintah negara selama 12 penggal, namun belum ada usaha dilakukan bagi menghapuskan judi. Selepas PAS memerintah, Kelantan berjaya menutup premis-premis judi. Di Kedah usaha menghapuskan judi berjalan secara berperingkat, begitu juga dengan Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah Pakatan. Kita serius untuk menghapuskan judi dan mendidik rakyat ke arah kehidupan yang bebas dari maksiat.


Rakyat juga tahu, bahawa lesen perniagaan judi diluluskan oleh Kerajaan Pesekutuan, bukan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri hanya meluluskan lesen premis dan iklan yang kebanyakannya diperolehi oleh tokey judi semasa zaman pemerintahan BN.


Mahathir sebenarnya dibayangi dosa-dosanya yang meluluskan judi dinegara ini semasa pemerintahannya dan rakyat akan terus mengingati beliau sebagai tokoh pemimpin yang memimpin negara dengan duit hasil judi. Beliau mungkin berfikir, Jika beliau tidak menyokong dasar Najib hari ini, pastinya orang-orang dalam Kerajaan akan mengutuk beliau kerana selama ini beliaulah orang nombor satu yang membantu membangunkan industri judi dalam negara ini.


PAS juga amat kesal kerana beliau masih bersikap prejudis kepada masyarakat Cina dinegara ini yang dalam pemikiran beliau dianggap sebagai kaum yang suka berjudi. Beliau hadir dan berucap dalam perhimpunan ‘Melayu Bangkit’ di Kuala Terengganu semalam dan mencipta prasangka buruk terhadap orang Cina. Perkara ini tidak wajar kerana masyarakat Cina juga bukanlah masyarakat yang suka berjudi, dan ucapan beliau ini adalah satu penghinaan.


Tabiat judi ini adalah masalah yang dicipta dalam masyarakat bagi melalaikan mereka. Dan Kerajaan mengambil kesempatan dari golongan yang tidak berilmu ini dengan mengeluarkan lesen bagi mengaut untuk hasil perjudian.


Sewajarnya Kerajaan memberikan pendidikan kepada rakyat, memberikan maklumat dan berusaha memerangi gejala judi dalam masyarakat sama macam memerangi gejala dadah.


Bila judi diharamkan maka rakyat juga tidak akan berani berjudi. Aktiviti judi haram perlu dilihat sama seperti sindiket pengedaran dadah dan hukuman berat wajib diberikan kepada penganjur aktiviti judi. Rakyat perlu diberitahu akan keburukan judi ini dan mengajak mereka bersama-sama memerangi judi.


Kerajaan harus menjadi Kerajaan yang membantu membina rakyat dan masyarakat ke arah yang lebih positif dan proaktif, bukannya menjadi kerajaan yang meruntuhkan akhlak rakyat.Jika kerajaan BN dikekalkan, maka sampai bila pun masyarakat dinegara ini akan terus dipersendakan dengan dasar-dasar yang tidak progreasif dan hilang sifat holistiknya.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Ahad, 7 Mac 2010

Sambutan 2 tahun pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat Negeri Kedah 2010

Bersama kita menjayakan program KEDAH SEJAHTERA di Kompleks PAS Negeri Kedah (KOMPAS) pada 8 hingga 14 Mac 2010.

Selain aktiviti menarik seperti persembahan nasyid dan kehadiran UPIN dan IPIN, ceramah perdana dan politik diadakan dan dihadiri oleh penceramah-penceramah popular.

Marilah kita menjayakan karnival tersebut... semoga kita berada dijalan yang benar..

"Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua"

Ucapan Terima Kasih sempena AGM PAS Cawangan

Ucapan Terima Kasih

Saya selaku setiausaha cawangan PAS Sematang Gunung mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang bertungkus lumus menjayakan mesyuarat ini. Jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya..

Kepada tetamu jemputan , Tuan Haji Azim mewakili PAS Kawasan Kuala Kedah yang turut hadir, saya serta seluruh jawatankuasa lain mengucapkan terima kasih diatas kehadiran tuan haji serta berbesar hati merasmikan AGM tersebut.

Kepada Ahli PAS Caw. Sematang Gunung, terima kasih diatas komitmen yang ditunjukkan. Semoga pejuangan kita ini diberkati serta dilimpahi rahmat Allah SWT.

"PAS untuk Semua"



Dengan ingatan tulus ikhlas
Setiausaha PAS Cawangan Sematang Gunung.

Ahad, 21 Februari 2010

Notis Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Sematang Gunung

Kepada:

Ahli PAS Cawangan Sematang Gunung


Assalamualaikum WBT


Tuan,

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS CAWANGAN KALI KE-28


Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa tuan/puan adalah dijemput ke Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut;

Tarikh : 27 Februari 2010 / 13 Rabiulawal 1431H

Masa : 2.00 Petang

Tempat : Markaz PAS Cawangan Sematang Gunung

3. Agenda

3.1 Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu

3.2 Membentang dan menerima laporan tahunan

3.3 Membentang dan menerima penyata kewangan

3.4 Memilih perwakilan cawangan ke Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan sesi

3.5 Membahas usul-usul

3.6 Ucapan Penangguhan


Kerjasama tuan / puan bagi menjayakan mesyuarat agung tahunan didahului dengan ucapan terima kasih.



Saya yang menurut perintah,

.........................................

(ISMAIL BIN AZIZ)

Setiausaha

PAS Cawangan Sematang Gunung

Advertisement