Selamat Datang Ke Blog Parti Islam Semalaysia Cawangan Sematang Gunung

Isnin, 17 Ogos 2009

KENALI MB PERAK

Pilihanraya umum ke 12 menyaksikan rakyat Malaysia sudah mula bijak dan berfikiran kritikal dalam memilih pemimpin dan kerajaan. Syabas diucapkan. Saya tidak mahu menambah analisa-analisa politik yang sangat banyak dan mudah didapati di alam maya ini. Secara ringkas, beberapa sebab penting atas berlakunya keputusan ini adalah seperti berikut:

  1. Kredibiliti Barisan Nasional terutama parti tunggaknya UMNO yang sering memainkan unsur perkauman dalam percaturan politik mereka. Tidak lupa sikap takbur di kalangan mereka.
  2. Isu inflasi, harga minyak, isu keselamatan, isu pendidikan, isu kehakiman, isu korupsi dan penyalahgunaan kuasa.
  3. Internet sebagai media alternatif dan kempen pro parti pemerintah yang melampau dalam media perdana - bercetak mahupun radio dan televisyen
  4. Harapan kepada Barisan Rakyat/Barisan Alternatif khususnya Dato' Seri Anwar Ibrahim
  5. Perpecahan di dalam parti UMNO sendiri - tidak kurang di kalangan mereka yang tidak mengundi atau undi protes kerana kerakusan pemimpin-pemimpin tertentu. Peranan Tun Dr Mahathir yang secara langsung tidak menyebut sokonglah BN mungkin menjadi faktor.

Walaupun ini dianggap kejayaan kepada Negeri-negeri Koridor Demokrasi/Koridor Rakyat dan suara rakyat yang lebih demokratik di parlimen, kini tanggungjawab berat menanti Barisan Rakyat dan Barisan Nasional untuk mengisi kemenangan pilihanraya ini berlandaskan keadilan yang saksama.

Dalam pada itu, saya tertarik untuk berkongsi tentang peribadi MB Perak yang kesepuluh ini (walaupun sebenarnya yang kesembilan sebab Menteri Besar Perak yang kedua dan keenam adalah orang yang sama - YAB Mohd Ghazali B Jawi. http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Chief_Ministers_of_Perak)

Biodata MB Perak yang kesepuluh ini diambil dari blog Ustaz Abdul Halim Abdullah (http://inijalanku.wordpress.com/berita/kenali-mb-perak/).

KAlau begini biodata Menteri Besar, terasa berat sangat bagi sesiapa yang akan menggantikan beliau nanti.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Mengenali Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.

Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.

Image Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut’ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut’ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di bawahnya. “Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyekesaikan masalah temasuk masalah kewangan,” jelas Khalilul. “Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain,” ujar beliau.

Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).

Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau.malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban.

Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina, Tamil dan Arab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Advertisement