Selamat Datang Ke Blog Parti Islam Semalaysia Cawangan Sematang Gunung

Isnin, 14 September 2009

Jemputan Majlis Berbuka Puasa

Kepada Semua Muslimin dijemput untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh PAS Cawangan Sematang Gunung pada

Hari : RABU
Tarikh : 16 September 2009 bersamaan 26 Ramadhan 1430H
Tempat : Markaz PAS Cawangan Sematang Gunung

Bersama Kita Imarahkan Bulan Ramadhan

"KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA"

PAS santuni, dekati penghuni 'belakang mati'

Petikan harakahdaily.net
Mon | Sep 14, 09 | 9:23:56 am MYT

KUALA LUMPUR, 14 Sept:Tiba-tiba belakang bangunan PAS itu jadi tumpuan bak lebah mengerumuni madu. Tidak semena-mena kelibat para penghuni lorong gelap, golongan gelandangan serta marhaen, anak-anak pekerja seks, penagih dadah dan maknyah melabuhkan diri dalam sebuah program PAS.

Program yang berjaya menyatukan semua golongan daripada aneka jenis latar belakang. Daripada masyarakat bawahan, miskin ataupun yatim masing-masing bersama meluangkan masa beramah mesra dengan pimpinan PAS.Sama-sama bersila, bersimpuh dan bersentuh lutut tatkala menjamu selera ketika berbuka puasa.

Itulah keistimewaan dan keunikan program PAS yang diberi nama Semarak dan Semerak Ramadan PAS yang berlangsung buat julung kalinya petang semalam di belakang bangunan pejabat agung PAS Jalan Raja Laut. Ia berjaya melakarkan sejarahnya yang tersendiri dengan sambutannya yang cukup luar biasa dan luar jangka.

Sungguhpun, pada asalnya penat merempuh jalan raya yang sesak menuju ke pejabat PAS ini, namun hilang lelah tatkala melihat kehadiran orang ramai dan aktiviti yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat. Lebih kagum kesungguhan para petugas menjayakan program ini, sungguhpun suasana Ramadan berbaki tujuh hari dan bakal melintasi Syawal tak lama lagi.

Bermula jam 2.00 petang, di bawah enam khemah 'berkipas' yang boleh menampung kehadiran lebih 200 orang, program dimulakan dengan membuka kaunter perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma daripada doktor dan pengamal perubatan alternatif yang didatangkan khas daripada Darussyifa, khidmat nasihat guaman syariah dan sivil daripada tiga peguam dan khidmat kaunseling daripada seorang pakar. Image

Selain itu, terdapat kaunter pusat khidmat wakil rakyat kawasan Titiwangsa bagi para pengundi untuk mengajukan masalah setempat dan kaunter daftar Ahli PAS dibuka bagi yang berminat.

Mengkagumkan, semua kaunter dipenuhi dengan orang ramai yang berhajat tanpa rasa segan dan silu. Tanpa kecuali Harakahdaily juga sempat menjengah satu persatu kaunter yang dibuka bagi mendapat beberapa info untuk menambah ilmu diri.

Seperti di Kaunter Guaman, Harakahdaily dimaklumkan bahawa antara aduan, kes ataupun masalah yang dirujuk lebih tertumpu kepada hal ehwal rumah tangga seperti nafkah pencarian, tuntutan harta, cerai berai dan melibatkan ibu tunggal yang bermasalah. Kaunter ini, diselia oleh peguam Ahmad Zamri dan Marlina Amir.

Terdapat pameran informasi undang-undang turut dipaparkan di belakang khemah bagi orang ramai mendapatkan sedikit sebanyak maklumat berkaitan antaranya seperti urusan pembahagian harta, keadilan kes rumah tangga dan juga hak-hak yang wajar diketahui umum. Tanpa kecuali risalah dan pamplet berkaitan juga turut diedarkan.

Menarik perhatian, apabila seorang remaja lelaki cuba mendapatkan rawatan bengkak kaki daripada Ustaz Mohd Ali Jamil daripada Darussyifa. Bukan itu sahaja, beberapa orang bukan Islam juga turut mendapatkan khidmat nasihat Ali Jamil yang diberikan secara percuma juga. Image

Kaunter kesihatan juga tidak menang tangan dibuatnya, apabila hadirin cuba mendapatkan nasihat para doktor yang bertugas berkaitan penyakit yang dihadapi seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

Kira-kira jam 3.00 petang,pengacara majlis berbesar hati mengumumkan sejumlah 27 orang telah mendaftar sebagai ahli PAS, yang rata-ratanya terdiri daripada remaja dan pemuda sekitar usia 18 sehingga 30 tahun.

Terdapat dua tabung disediakan di dalam khemah bagi orang ramai yang berhajat menyumbangkan dana untuk disalurkan bagi tujuan aktiviti "Kami Prihatin" anjuran Parlimen Titiwangsa seterusnya untuk golongan yang kurang bernasib baik. Mencuri perhatian orang ramai apabila seorang warga emas berbangsa Cina, menderma sejumlah wang ke tabung tersebut.

Sungguhpun, hujan lebat mula membasahi pekarangan kawasan program namun semangat dan keinginan orang ramai khususnya penghuni lorong 'belakang mati' untuk merapat dan mendekati, tidak patah bahkan semakin menyemarak untuk menyertai aktiviti yang sedia ada.

Tidak dinafikan, di belakang lorong, terdapat juga beberapa orang penghuni yang agak segan dan malu-malu alah untuk menjengah sungguhpun dialu-alukan oleh pengacara dari masa ke semasa.

Ada yang meninjau dari balik belakang bangunan, mengintai dari tepi dinding dan tingkap. Ada yang mahu tapi malu.

Setelah agak lama memerhati ragam hadirin, Harakahdaily sempat beramah dan berkongsi cerita dengan dua orang saudara baru yang begitu kagum dengan program yang dianjurkan oleh PAS ini.

Bagi Muhd Ali Beh Abdullah, 53 yang berasal dari Miri Sarawak dan Muhd Hassan Che Peng Abdullah, 35, program ini wajar diteruskan dan dijadikan acara tahunan kerana aktiviti yang dijalankan begitu bermanfaat buat masyarakat khususnya saudara baru seperti mereka yang dahagakan ilmu.

"Saya minat Islam bila pergi masjid dengan kawan-kawan melayu. Bila saya cuba-cuba sembahyang, hati sangat tenang," kata Hassan yang memeluk agama Islam, 4 bulan lalu.

Sungguhpun begitu, kedua-dua mereka melahirkan rasa kecewa dengan layanan yang diberikan oleh dua agensi agama kerajaan yang dilihat tidak mengambil berat hal ehwal kebajikan saudara baru khususnya melibatkan zakat yang tidak mereka terima.

Mereka ini, adalah antara empat saudara baru yang hadir mengetahui program ini melalui iklan kain rentang yang dipamerkan di pejabat agung PAS itu.

Bagi Norliyana Zanar 16, yang hadir bersama empat adik-beradiknya yang lain, begitu seronok ketika dijemput oleh pihak penganjur untuk sama-sama memeriahkan program tersebut dan dia merupakan antara 18 anak yatim Kampung Jawa yang diraikan oleh PAS.

"Raya ini macam biasa dan ala kadar sahaja sahaja. Baju raya pun belum beli lagi," katanya yang telah kehilangan ayah tercinta kerana sakit asma semenjak dia tadika lagi.

Nafas turun naik, namun tetap semangat

Selepas solat Asar secara berjemaah bersama hadirin di Suaru Tingkat 1, Bangunan PAS itu, majlis diteruskan dengan ucapan aluan-aluan oleh 'orang kuat' dan tulang belakang program iaitu Ahli Parlimen Titiwangsa yang juga Pengerusi Lajnah terbabit Dr Lo' Lo' Ghazali.

Cukup teruja melihat beliau, yang dalam keadaan kesihatan yang masih kurang stabil, masih gigih berusaha menjayakan program di samping menitipkan kalimah semangat buat hadirin.

"Maafkan saya kerana bertopeng. Bukan kerana tuan dan puan tetapi kerana masalah kesihatan radang saya yang tidak mengizinkan dan cukup berisiko tinggi bila berada di khalayak umum," katanya yang telah mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dua minggu yang lalu.

Kelihatan beliau yang agak semput, dan laju turun naik nafasnya, masih bersemangat menyampaikan tazkirah dan ucapannya kepada hadirin.

"Kita mahu sama-sama mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat. Ambillah iktibar, seorang pelacur yang memberi minum kepada seekor anjing juga dapat masuk syurga.

Beliau menyeru supaya golongan yang tersasar di Lorong Haji Taib dan Chow Kit itu, mencari rahmat Allah kerana jalan untuk bertaubat dan kembali terbentang luas.

"Kalau tak mampu berlari, merangkaklah secara perlahan,"jelasnya dengan nada suara yang semangat.

Sungguhpun kelihatan agak penat sambil diusap belakang oleh petugas dan anak beliau, Dr Lo' Lo' mampu mencebiskan kata-kata hikmah selama 10 minit kepada hadirin, yang tekun mendengar luahannya. Image

Sejurus itu, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengambil tempat sekaligus merasmikan program yang cukup bermakna bagi PAS dan juga warga lorong gelap itu.

"Tidak ada manusia yang tidak ada dosa. Malahan saya sendiri ada dosa. Para Nabi juga pernah buat silap.

"Ini kelemahan manusia, justeru tuhan memberi peluang untuk kita bertaubat dan merahmati. Allah beri peluang supaya kita tidak terlambat. Oleh itu rebutlah peluang itu khususnya di bulan Ramadan ini," katanya yang membuat hadirin, masing-masing pegun dan khusyuk mendengar suntikan semangat daripada Presiden PAS itu.

Turut hadir di perasmian itu ialah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Ustaz Mohammad Nor, Pengarah Program Brig Jen (B) Abdul Ghani Mahludin

Selesai program perasmian jam 7.00 malam, orang ramai dan pimpinan PAS mula beratur mengambil makanan dan duduk bersila di lantai khemah, bersiap-sedia menantikan waktu berbuka.

Kelihatan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin; ADUN Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani, Presiden Anak, Mazlan Aliman dan Ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh antara pimpinan PAS yang 'menanggalkan' gelaran Dato' mahupun Yang Berhormat untuk sama-sama merasai 'kenikmatan' dan denyut nadi bersama golongan akar umbi ini.

Mereka sama-sama turun padang, berbuka puasa dengan makanan bungkus dan tidak kekok mereka menyapa orang ramai sambil bersalaman dan bertukar-tukar cerita antara satu sama lain.

Dengan juadah hidangan bungkus nasi tomato berlauk ayam, bubur lambuk dan kuih agar-agar membuatkan masing-masing begitu berselera sekali menjamu tatkala, azan mula berkumandang di ruang angkasa lorong Haji Taib dan Chow Kit itu.

"Program ini bagi mengeratkan hubungan dengan jiran kita dari lorong ini. Dengan sumbangan dan pemberian yang tak seberapa daripada PAS ini, walaupun tak dapat menyelesaikan semua masalah, sekurang-kurangnya dapat menceriakan Ramadan dan Aidilfitri mereka nanti, " kata Dr Hatta kepada Harakahdaily.

Perkara ini turut diakui sendiri oleh Pengasas dan Penyelia Rumah Perlindungan Sinar Salam, Afidah Ab Latif, yang mengendalikan dan menyelia lebih 40 anak-anak pekerja seks, penagih dadah dan golongan gelandangan di Chow Kit.

"Program ini akan lebih mengakrabkan lagi hubungan dengan golongan tidak bernasib baik. Dan program ini mesti dilakukan selalu," katanya yang terharu dengan sumbangan yang disampaikan oleh PAS.

Kemudian, setelah solat Maghrib berjemaah yang diadakan di bawah khemah, majlis sumbangan derma dan cenderahati disempurnakan oleh Dr Hatta dan Ustaz Mohammad Nor. Image

Suasana begitu ceria sekali dan 'gamat' apabila golongan gelandangan dan orang ramai khususnya kanak-kanak sejumlah 80 orang mula mengerumni kedua-dua tokoh untuk mendapatkan duit raya yang disediakan penganjur.

Malam ini, malam bahagia mereka bagi anak-anak yatim, anak-anak pekerja seks, si fakir miskin,si jalanan dan golongan yang terjerumus ke kancah hitam, moga terbit rasa insaf diri setelah disantuni dan didekati PAS sendiri.

Kelihatan terbit raut bahagia dan teruja di wajah mereka kerana sudi dilayan dan dimesrai oleh PAS, sekaligus tidak dipinggirkan sungguhpun di balik tabir, hidup mereka dibaluti kelam dan suram.

Majlis dan program yang berlangsung selama enam jam dan berakhir 8.30 malam itu, telah mula mencebiskan nama PAS dan parti itu mula meniti dibibir mereka sejak dua tahun 'bertapak' di lorong ini.

PAS mula disegani, dan semakin ramai yang mahu mengenali. Dan slogan "PAS for All" dan "Negara Berkebajikan" membuktikan kebenarannya hari ini dan lorong ini semalamnya menjadi saksi!

(Segala kritikan, teguran dan pandangan bolehlah dimajukan kepada saya di azaminamin@yahoo.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya atau di urespons@gmail.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya )

Respons artikel

1. Di sebalik tersergam indah bangunan pencakar langit, lampu-lampu bergemerlapan, masih terdapat golongan gelandangan yang dipinggirkan kerajaan BN. Bagi setengah orang, mereka adalah �sampah�. Tapi kekadang �sampah� itulah yang boleh dikitar semula menjadi sesuatu yang bermanfaat.

Saya agak teruja membaca artikel di harakahdaily berkenaan program mendekati golongan ini terutama di akhir Ramadhan ini. Kalau inilah PAS, memang layak sangat untuk menggantikan BN mengurus dan mentadbir Malaysia tercinta ini.

Daripada Nik Nasri Malek, Kemaman.

----------------------------------------

2.Terima kasih atas artikel yang dipaparkan di ruangan HarakahDaily.Net hari ini. Saya bersyukur kerana PAS telah menjalankan tanggungjawab dalam membantu manusia yang memerlukan pertolongan takkala tidak ramai insan yang memperdulikan mereka ini. Itulah indahnya anjaran Islam yang kita umatnya perlu hayati dan amalkan segala yang sudah termaktub di dalam Al-Quran - Kitabullah dan Sunnah Nabi Muhammad SAW jika kita ingin berjaya di dunia dan di akhirat.

Sampaikan salam taniah dan ucapan terima kasih kepada pemimpin dan warga kerja PAS yang telah menaburkan jasa masa, wang dan tenaga serta pergorbanan dalam menjalankan aktiviti ini dengan penuh dedikasi, sabar, amanah dan bertanggungjawab. Inilah yang sepatutnya semua umat Islam perlu contohi.

Semoga Allah dapat menganugerahkan kasih-sayang-Nya yang amat luas, rahmat dan pengampunan ke atas segala salah dan silap atas kelemahan diri kepada semua warga yang terlibat dalam aktiviti ini dan aktiviti yang sama seterusnya.

Semoga Allah mengukuhkan lagi perjuangan PAS di dalam jalan mensyiarkan ajaran agama Islam.Terima kasih.

Daripada Shahrul @ Bario

--------------------

3.Tahniah & semoga kita istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Cadangan saya: Diharapkan harakah boleh selitkan gambar-gambar di dalam berita dan artikel untuk memberi kekuatan lagi kepada penulisan dan berita yang disampaikan.

Antara kelebihannya, blogger dan pembaca yang mempunyai web boleh copy & paste (dengan izin) berita & gambar di dalam blog mereka. Fungsi & peranan media baru dalam memperkenalkan dan meluaskan perjuangan PAS kepada massa akan lebih berkesan.

Berita-berita sebegini insyaAllah dapat menyentuh hati-hati pengundi (Atas Pagar @ BN) mengenai usaha PAS selain daripada bidang & aktiviti politik yang lain.

Daripada Diana, Shah Alam

-------------------

4.Assalamualaikum...terasa indah membaca akan perkara yang dilakukan oleh Pas terutama di kawasan golongan marhain tersebut(penghuni belakang mati)....saya mendoakan agar tuan tuan akan meneruskan perkara yang baik ini tanpa memikirkan keberuntungan yang di perolehi...buatlah kerana Allah moga akan ramai yang mendapat hidayah Allah...

Daripada Azmee Abdul Manap.

--------------------------------

5. Saya sgt berbangga dan terharu apabila pihak pmbngkang memainkan peranan penting dlm mnjga kebajikan rakyat walhal kerajaan tidak pun mengadakan mjlis spt ini. Saya bercakap dari rsional saya sndiri dan pndgan dari seorg remaja dan penuntut IPTA (UUM),

Saya harap program spt ini diperbanyakkan lagi dari semasa ke semasa agar semua glongan msyrkt menerima Pas secra spnuhnya. Ya! progrm sperti ini lah yang kami mahu, bukan menjemput YB atau mana-mana org kenamaan dtg berbuka dgn kita, pemimpin sndiri yg ptut mngundang rakyat berbuka puasa bersama.

Sedangkan Rasulullah sendiri pun berkongsi apa sahaja makanan yang baginda ada dan menjemput sesiapa sahaja untuk makan bersama... Moga2 orang yg "memberi" ini akan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

Daripada Norzaiful Zainal

---------------------------------

6.Baru saja selesai membaca artikel "Pas santuni, dekati penghuni 'belakang mati'.. Terharu saya membacanya.. Hampir menitiskan air mata.. Teruskanlah usaha murni itu.. Amat berharap dapat dibuka saluran untuk saya dan lain-lain pembaca yg berada di jauh untuk kami memberi sumbangan bagi menjayakan program ini bagi kali yang berikutnya.. 'Irhamuu man fil ardh, yarhamkum man fis samaak'

Daripada Nabil Ahmad

Isnin, 17 Ogos 2009

KENALI MB SELANGOR

Beliau adalah antara individu-individu yang masih berjawatan tinggi dan berani menziarahi Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika DSAI ditahan di penjara Sungai Buluh dahulu. Bukti persahabatan yang tidak mengenal senang dan susah. Sahabat saya ketika pergi ke rumah beliau pada malam pilihanraya 08 Mac 2008, berasa syukur kerana mendapati MB baru ini seorang yang peramah dan merendah diri. Bukan sahaja beliau, malah isteri beliau sampai masa pertama kali berjumpa sangkakan Puan Sri tuh ketua pembantu rumah. Rupa-rupanya memang ketua pun, bukan pembantu rumah tapi sebagai suri rumah. haha...

Biodata beliau seperti di bawah dari link ini:

MB SELANGOR – Tan Sri Khalid Ibrahim

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau pernah bertanding dalam pilihan raya kecil N.08 Ijok, Selangor pada 28 April 2007. Tetapi cubaan pertama beliau, tewas kepada calon muda MIC Barisan Nasional iaitu Cikgu K. Parthiban.

Tan Sri Khalid adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad (1979-1994) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003).

Biodata

Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, P.S.M., D.P.M.S., D.S.A.P lahir pada 1946 di Kampung Jalan Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor. Khalid Ibrahim belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Seterusnya belajar di Sekolah Inggeris Kampung Kuantan. Khalid Ibrahim mendapat ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.

Kerjaya

Kini bertugas sebagai Pengerusi Dana Amanah Mellenia Berhad, Fellow Institut Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Majlis Produktiviti Kebangsaan dan Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).Selain itu Malaysia Discount Berhad, Lembaga Pengarah SIRIM Berhad.

Khalid Ibrahim pernah bekerja sebagai guru, pensyarah, pegawai kredit , pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB). Beliau pernah menghadiri kursus USA International Visitors Program pada 1983 dan Eisenhower Exchange Fellowship Program pada 1989.

Beliau juga ahli majlis eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum di Islamic Development Bank, Jeddah. Beliau juga ahli APEC Business Advisory Council (ABAC).

Anugerah

Pada 15 Disember 1998, beliau dianugerah sebagai CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times anjuran Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate Services. Khalid Ibrahim juga menerima Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001.

Pada 10 Julai 2003 menerima anugerah “AAAB Captain of Industry Award 2002” (First Asian Academy of Applied Business”) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Seterusnya menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford .

Politik

Atas jasa beliau, Guthrie Berhad telah membina Lebuh raya Guthrie dari Kuala Selangor ke Sungai Buluh bersambung dengan Lebuh raya Utara Selatan. Pusat latihan penyelenggaraan jentera industri dengan kerjasama UMW Berhad telah dibina di Kuala Selangor. Program Rakan Jaya Diri diadakan di Kuala Selangor bagi melatih pelajar yang tercicir dari persekolahan dan seterusnya bekerja dengan Guthrie Berhad.

Beliau terus menjawat jawatan Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Perhubungan PKR Selangor. Dalam pilihan raya kecil Ijok, ucapan tersasulnya ‘Undilah Barisan Nasional’ telah diulang-ulang dalam media elektronik.

KENALI MB PULAU PINANG

Sejarah penuh dengan kisah manusia yang naik turun naik. Lim Guan Eng salah seorang darinya. Membaca biodata MB Pulau Pinang, saya memang respect dengan orang yang sanggup dipenjarakan atas dasar prinsip. Lagi memeranjatkan, beliau rupanya belajar di universiti yang sama dengan saya - Monash University. Bezanya saya ambil course Engineering dan beliau accountancy. Saya setiausaha MUIS (Monash University Islamic Society) dan beliau Presiden MUISS (Monash University International Student Society). Ada link rupanya....:)

Cerita seorang datin, "isy, tak sangka ya Lim nih pergi sambutan Maulidur Rasul...". Saya check internet, rupanya betul. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/3/21/nation/20713137&sec=nation CM sebelum nih tak pernah pergi rupanya.

Biodata beliau seperti di bawah diambil dari link ini:

http://www.pas.org.my/kenali_MB/kenali_MB.pdf

MB Pulau Pinang – Lim Guan Eng

Nama: Lim Guan Eng

Tarikh Lahir: 08/12/1960

Status: Berkahwin dengan Betty Chew Gek Cheng

Pendidikan:

 Sekolah Rendah – Sekolah Inggeris PJ La Salle & Batu Pahat Montfort

 Sekolah Menengah – Sekolah Tinggi Batu Pahat & Sekolah Tinggi Melaka

 Universiti – Monash University, Australia (Sarjana Muda Ekonomi)

Kerjaya:

 Merupakan akauntan professional semenjak 1983.

 Bank Senior Executive.

Politik:

 Ahli Parlimen Kota Melaka – 1986 hingga 1999 (3 penggal)

 Tahanan Politik (ISA) pada 27.10.1987 hingga 19.04.1989 (18 bulan)

 Dilantik sebagai Ketua Pemuda Socialis DAP pada 1992.

 Dilantik Sebagai Timbalan Setiausaha DAP pada 1995.

 Ditahan semula selama 18 bulan pada 25/08/1998 (Skandal Ketua Menteri Melaka,

Rahim Tamby Chik)

 Dilantik sebagai Setiausaha DAP pada 2004.

Penglibatan Antarabangsa:

 Bekas Presiden MUISS (Monash University International Student Society).

KENALI MB KEDAH

Saya bersekolah di Kedah selama 5 tahun, 1990-1994. Selama 5 tahun duduk di Kedah (walaupun kat asrama), saya berasa tenang dan gembira. Mungkin kerana barang murah atau rakyat kedah peramah...pengalaman di kedah tetap menjadi ingatan. Teringat saya salah sorang rakan blogger saya cerita tentang ayah dia orang UMNO. Apabila MB Kedah baru diumumkan, dengan selamba ayah dia cakap, "nampak gaya ustaz nih lagi alim dari Pak Lah. Baguih la.". 8 Mac 2008, hari bersejarah buat rakyat Kedah khususnya.

Di bawah adalah biodata beliau, diambil dari link di bawah.

http://www.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=352

USTAZ HAJI AZIZAN BIN ABD. RAZAK

Umur : 64 Tahun

Pendidikan:
 Maktab Mahmud, Alor Setar (1966)
 Sarjana Muda Syariah Universiti Al-Azhar 1972
 M.Phil In Law.Dept of Law Univercity of Kent Canterbury England 1978

Pengalaman Kerjaya:
 Pensyarah Ketua Jabatan Syariah UKM
 Pengarah Urusan Harakah

Pekerjaan Sekarang:
 Pesara Pensyarah / Pesara ADUN

Jawatan Dalam PAS:
 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
 Pesuruhjaya PAS Kedah
 Yang Dipertua PAS Yan

Penglibatan NGO:
 AJK Persatuan Bekas Pelajar Melayu Timur Tengah
 AJK Persatuan Falak Syarie Malaysia
 Ahli Persatuan Syariah Asia Tenggara (South East Asia Association)

Pengalaman Antarabangsa:
 Muktamar Al-Haj Anjuran All Indian Iranian Association New Delhi, India
 Pembentangan Kertas Kerha di 1st Asean Syariah Administration Conference Workshop, Manila (1983)
 Persidangan Gerakan Islam Sedunia, Turki (1995)
 Persidangan Islam Sedunia, Lunmam (2001)
 Conference of South East Asia Islamic Law, Manila

Hasil Penulisan Antarabangsa :
 Dirasah Hawla At Tashriq Al Islami, terbitan Kementerian Hal Ehwal Agama Islam Filipina
 Introduction to Islamic New Jurisprudence, terbitan Office of Muslim Affair and Cultural Communities, Quezon City, FIlipina 1986
 Syariah, Adat and Command Low Amongst the Maranoas of Southern Philippines : And Exploratory and Comparative Study, Terbitan Southeast Asian Studies Program.

KENALI MB PERAK

Pilihanraya umum ke 12 menyaksikan rakyat Malaysia sudah mula bijak dan berfikiran kritikal dalam memilih pemimpin dan kerajaan. Syabas diucapkan. Saya tidak mahu menambah analisa-analisa politik yang sangat banyak dan mudah didapati di alam maya ini. Secara ringkas, beberapa sebab penting atas berlakunya keputusan ini adalah seperti berikut:

  1. Kredibiliti Barisan Nasional terutama parti tunggaknya UMNO yang sering memainkan unsur perkauman dalam percaturan politik mereka. Tidak lupa sikap takbur di kalangan mereka.
  2. Isu inflasi, harga minyak, isu keselamatan, isu pendidikan, isu kehakiman, isu korupsi dan penyalahgunaan kuasa.
  3. Internet sebagai media alternatif dan kempen pro parti pemerintah yang melampau dalam media perdana - bercetak mahupun radio dan televisyen
  4. Harapan kepada Barisan Rakyat/Barisan Alternatif khususnya Dato' Seri Anwar Ibrahim
  5. Perpecahan di dalam parti UMNO sendiri - tidak kurang di kalangan mereka yang tidak mengundi atau undi protes kerana kerakusan pemimpin-pemimpin tertentu. Peranan Tun Dr Mahathir yang secara langsung tidak menyebut sokonglah BN mungkin menjadi faktor.

Walaupun ini dianggap kejayaan kepada Negeri-negeri Koridor Demokrasi/Koridor Rakyat dan suara rakyat yang lebih demokratik di parlimen, kini tanggungjawab berat menanti Barisan Rakyat dan Barisan Nasional untuk mengisi kemenangan pilihanraya ini berlandaskan keadilan yang saksama.

Dalam pada itu, saya tertarik untuk berkongsi tentang peribadi MB Perak yang kesepuluh ini (walaupun sebenarnya yang kesembilan sebab Menteri Besar Perak yang kedua dan keenam adalah orang yang sama - YAB Mohd Ghazali B Jawi. http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Chief_Ministers_of_Perak)

Biodata MB Perak yang kesepuluh ini diambil dari blog Ustaz Abdul Halim Abdullah (http://inijalanku.wordpress.com/berita/kenali-mb-perak/).

KAlau begini biodata Menteri Besar, terasa berat sangat bagi sesiapa yang akan menggantikan beliau nanti.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Mengenali Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.

Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.

Image Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut’ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut’ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di bawahnya. “Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyekesaikan masalah temasuk masalah kewangan,” jelas Khalilul. “Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain,” ujar beliau.

Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).

Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau.malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban.

Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina, Tamil dan Arab.

Sabtu, 6 Jun 2009

klik sini untuk melihat koleksi gambar sekitar Muktamar PAS ke-55, Stadium Melawati, Shah Alam

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021136&Itemid=1
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021137&Itemid=1
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021139&Itemid=1
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021157&Itemid=1

keputusan penuh pemilihan PAS sesi 2009/2011:

Di bawah ialah keputusan penuh pemilihan PAS sesi 2009/2011:

Presiden

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, (480)

Naib Presiden

1)Tuan Ibrahim Tuan Man, (871)
2)Salahuddin Ayub, (824)
3)Mahfuz Omar, (636)

ImageAhli Jawatankuasa Kerja

1) Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, (854)
2) Ustaz Idris Haji Ahmad, (799)
3) Dato' Kamarudin Jaffar (769)
4) Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak, (653)
5) Dato' Dr Hasan Mohd Ali (642)
6) Dr Mohd Hatta Md Ramli (638)
7) Ustaz Abdul Ghani Samsudin, (637)
8) Dato' Ustaz Abu Bakar Chik (622)
9) Mohamed Hanipa Maidin, (619)
10) Ir Amiruddin Hamzah, (606)
11) Dr Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali, (589)
12) Ustaz Ab Ghani Abdul Rahman,(584)
13) Dr Dzulkefly Ahmad, (576)
14) Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, (536)
15) Ustaz Hashim Jasin, (522)
16) Mazlan Aliman, (513)
17) Ustaz Taib Azamudden Md Taib, (508)
18) Dr Mujahid Yusof Rawa, (488)

Isnin, 11 Mei 2009

JAWATANKUASA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH BAGI TAHUN 2009/2011

KETUA PEMUDA : UST AHMAD BIN YAHYA

TIMBALAN KETUA PEMUDA : MUHAMAD SANUSI BIN MD NOR (menang tak bertanding)

NAIB KETUA : YB UST AHMAD IZZAT BIN SHAUKI

AHLI JAWATANKUASA
1. UST MOHD AZAM BIN ABD SAMAT
2. UST MOHD ROSLI BIN AZMI
3. UST ZELANI BIN NIK CHIK
4. UST YUSUF BIN AWANG
5. UST SALIM BIN MAHMUD
6. AZMAN BIN AHMAD
7. UST MOHAMAD BIN ISMAIL
8. YUSRIN ZAKRI BIN ADNAN
9. FADZIL BIN BAHARUM
10. MUHD AFIF BIN ABDULLAH

PENGERUSI TETAP : UST MOHAMAD @ FAUZI BIN HUSIN

TIMBALAN PENGERUSI TETAP : HJ ADNAN BIN SAAD

PEMERIKSA KIRA-KIRA I : MOHD AZRI BIN AHMAD
PEMERIKSA KIRA-KIRA II : IBRAHIM BIN SOFFIAN

SUMBER: Dewan Pemuda Pas Kedah

Mahkamah putuskan NIZAR MB Perak yang Sah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.

Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.

Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:

(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak;

(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan

(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.

"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.

Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.

Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.

SUMBER :malaysiakini


TAKBIR!!!!

Isnin, 27 April 2009

Mesyuarat Agong PAS Peringkat Kawasan Kuala Kedah

Mesyuarat Agong PAS Peringkat Kawasan Kuala Kedah kali ke-35 diadakan di Kompleks PAS Negeri Kedah, Batu 9 (KOMPAS) pada 17April 2009 (Jumaat). Majlis Tersebut dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Bin Abdul Razak (MB Kedah).

Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Sematang Gunung yang menjadi perwakilan semasa Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Kedah Kali ini adalah seramai 5 orang iaitu:
1- Wahab Ramli - Pengerusi
2- Ismail Abd Rahman - Timb. Pengerusi
3-
Ismail Aziz - Setiausaha
4- Zamri Zakaria - AJK
5- .................................................


Alhamdulillah, mesyuarat tersebut berjalan dengan jayanya tanpa sebarang masalah yang tidak diingini.

Disini disertakan beberapa keping gambaq sepanjang aktiviti Mesyuarat Berlangsung..





















Ahad, 12 April 2009

Selamat Datang ke Blog Ini

Permulaan sebuah perjuangan di medan digital globalisasi....

medan tempur yang menjadi perantara antara kebenaran dan kebatilan..

Advertisement