Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini (orang yang telah dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhiMu, bersatu memikul beban da’wahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu. Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini dan tunjukkanlah hati ini akan jalanNya (yang sebenar). Penuhkan hati ini dengan cahayaMu yang tidak kunjung malap.